Refleksi PnP

Pengajaran Kata Ganti Nama
Kekuatan,
Pengajaran dan pembelajaran ini adalah seperti biasa, di mana murid aktif berinteraksi dengan guru dan bahan yang diberi. Isi pembelajaran juga diajar dengan  fasa orientasi menggunakan kad perkataan. Di samping itu juga, murid telah biasa menggunakan kata ganti sebagai pertuturan seharian.
          Murid juga telah dapat membaca teks dan dialog dengan lancar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Sebilangan murid dapat mengaplikasikan isi pembelajaran dengan baik dengan bersoal jawab dengan rakan secara lisan. Murid dibimbing dan diterangkan cara menggunakan kata ganti nama menggunakan kaedah masteri. Murid juga dapat menandakan kata ganti nama seperti yang terdapat dalam teks dan membina ayat tunggal berpandukan kata ganti nama yang diberi.

Kelemahan,

          3 orang murid tidak menguasai isi pembelajaran di mana mereka tidak dapat membezakan di antara kata ganti kami dan kita. Di samping itu, mereka juga lemah dalam penggunaan tanda baca seperti yang terdapat dalam lembaran kerja, tiada tanda noktah dan penggunaan tanda tanya. 2 orang murid tidak menguasai lembaran kerja yang diberi di mana banyak kesalahan yang didapati seperti mengisi tempat kosong dan membina ayat tunggal. Aktiviti pemulihan tidak membantu mereka memahami isi pembelajaran yang diajar.

Tindaksusulan,
          Guru perlu mengkategorikan kata ganti nama seperti kata ganti diri pertama dan kedua. Guru juga perlu pelbagaikan situasi pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi untuk menerangkan isi pembelajaran. Murid dapat main peranan secara kumpulan masing-masing. Di samping itu juga, guru perlu memberi penekanan dan bimbingan kepada murid LINUS semasa murid Perdana membuat kerja. Murid dikehendaki membuat pembetulan sebagai kerja rumah untuk membolehkan isi pembelajaran yang baru dapat diajar pada keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.